|
Asal
perkataan KAMPUNGburn nih dari satu nama domain yang aku & azahari
register dulu semasa memula buka laman chat. Name domain tu ialah
www.kampung.burn.at . Asal
dari situ lah terciptanya perkataan KAMPUNGburn nie.
KAMPUNGburn
ditubuhkan pada tahun 2003, mase tuh di kendalikan oleh aku dan
azahari sepenuhnya. Dan dengan bantuan sis jambu & bro storm,
KAMPUNGburn berkembang dan menjadi semakin maju dengan kehadiran
preity & sera sebagai next generation of KAMPUNGburn.
Pada
tahun 2004, KAMPUNGburn Community, kampung2000 & melayuchat telah
bersetuju untuk membuat satu gabungan untuk membina satu komuniti
chat melayu yang bersatu di bawah satu nama iaitu KampungGroup.
Dengan penubuhan KampungGroup, ramai lagi komuniti chat melayu yang
lain bersatu dengan kami. Aku, casper & PeN adelah
pengasas KampungGroup Community pada masa itu amat berbangga dengan
pencapaian yang telah kami kecapi pada masa itu.
Pada
awal tahun 2005, KampungGroup komuniti mula merundung kerana
kehilangan ramai kawan˛ lama dan juga tiang kuat KampungGroup. Tapi
demi untuk menjaga tali persahabatan yang berkekalan untuk selamanya,
Aku terus bangkit dan jatuh bersama KampungGroup sehingga lah
tinggal aku seorang sahaja yang berada di dalam chatroom tu.
Pada
tahun 2006, aku membuat keputusan untuk mengembalikan zaman
kegemilangan KampungGroup dan bermesyuarat dengan beberapa orang
kuat KampungGroup pada masa itu. Kami bertiga bercadang untuk memajukan kembali chatroom setelah kami di singkirkan kerana tidak
mempunyai user yang ramai. Alhamdulillah, berkat usaha kami,
KampungGroup kembali bernyawa dan semakin hari, semakin berkembang
walaupon tidak seperti pada mula˛ ia ditubuhkan.
Dan
Aku bersyukur kerana aku masih berkemampuan untuk memajukan laman
KAMPUNGburn aku ini walaupon tanpa azahari. Alhamdulillah, kerna
sera sudi membantu dengan menolong memajukan KAMPUNGburn Forum Board
v2 dan register domain MalayOnline.Net untuk kegunaan komuniti. Aku
juga telah meminta bantuan beberapa orang pakar lagi untuk membantu
aku dalam proses pembinaan laman KAMPUNGburn yang terbaik.
So
far, pencapaian KAMPUNGburn dalam menyatukan chatters amat
memberangsangkan. Gathering pertama kami adelah pada bulan puasa
2003 di kedai jier ( salah sorang founder ) dan di ikuti dengan
gathering terbesar kami di Restoren Titiwangsa dengan kehadiran
hampir 40 org chatters. Selepas itu gathering demi gathering kami
buat dan yang pastinya pada setiap tahun, pasti ada sekali gathering
yang akan kami lakukan untuk menyatukan persahabatan kami agar
menjadi lebih erat walaupon ade yang sudah tidak menceburi dunia
chat lagi.
Aku
cuma mengharap agar ada generasi baru yang hadir dalam komuniti kami
untuk mengambil alih tugas˛ berat yang dah sekian lama kami pikul. Cume
masih belom berkesempatan untuk Aku mencari pengganti selagi
pembinaan laman KAMPUNGburn yang kekal belom terlaksana. Dan aku
yakin, dengan bantuan rakan˛ aku, aku mampu membina laman
KAMPUNGburn ini dan pastikan nama KAMPUNGburn terus kekal di dunia
chatting dan aku akan terus berusaha untuk memperbaiki segala
kelemahan dalam laman KAMPUNGburn ini dan memberikan perkhidmatan
yang terbaik buat semua pengunjung.
Akhir
sekali, jika anda mempunyai sebarang kesulitan semasa melayari laman
KAMPUNGburn, sila email staff˛ KAMPUNGburn atau add YM id mereka
untuk mendapatkan bantuan.
The beginning of
New era !!
Terima Kasih |