PDA

View Full Version : perkara kecil yg boleh mengelakkan kedutan wajah~~


dinema
28-07-2009, 11:13
Setiap wanita pasti tidak inginkan kedutan di wajah muka. Tapi tentunya kita tidak boleh melawan faktor usia yang akan menyebabkan ianya berkedut. Namun masih ada perkara kecil yang boleh anda mencegah kedutan pada wajah. Cara ini ternyata lebih murah dan tidak menyakitkan.

Tidur terlentang
Sebuah insitutsi di Amerika Serikat (AAD), posisi tidur juga memberi faktor kedutan muka. Tidur mengiring akan menyebakan kerutan dipip dan dagu. Tidur meniarap akan menyebabkan kedutan di dahi dan bawah mata.

Ikan dan pemakanan
Ikan-ikan air tawar adalah sumber protin yang baik, di mana protin adalah salah satu zat pembangun kulit. Asam lemak yang terkandung dalam ikan tersebut memberikan nutrisi pada kulit untuk membuatkan kulit anda kenyal dan nampak lebih muda.

Jangan kerap mengeryit
Gerakan muka yang berulang-ulangan kali membolehkan gerakan otot muka yang berlebihan dan menyebabkan pergerakkan di lapisan dalam kulit. Pergerakkan ini lama-lama akan menimbulkan kerutan. Sekiranya anda seorang pemakai kaca mata gunakan apabila perlu, kerana ada masanya anda akan mengeryit lebih kerap kerana faktor kekaburan. Juga kawal mood anda. Jangan selalu marah ya!.

Minuman Koko
Dari kajian pakar Nutrition bahawa Koko mengandungi dua zat flavonol yaitu (epicatchin dan catechin). Keduanya mampu melindungi kulit dari kerosakkan akibat matahari, mendorong sirkulasi darah ke sel kulit, memberi kelembapan dan ianya akan membuatkan kulit ada lebih lembut.

Jangan cuci muka berlebihan
Ternyata dengan membasuh muka dapat menghilangkan minyak dan kotoran. Jika membersihnya terlalu lama ianya akan menyebabkan kulit muka menjadi kering. Gunakan pembersih muka khas. Ada juga antara kita yang menggunakan sabun! Oh Tidak! Jangan sesekali.