PDA

View Full Version : Tips temujanji PERTAMA bersama WANITA IDAMAN :)


honeybee
12-04-2009, 01:23
BIJAK MENILAI

Apabila berinteraksi dengan wanita idaman anda, sebagai lelaki anda bukan sahaja perlu menghargai dirinya (menjadi seorang pendengar Yang baik) tetapi anda juga harus bijak menilai dirinya. Ia mungkin agak janggal tetapi sikap menilai adah sesutau yang baik. Biar dia tahu anda bukan seorang yang sembarangan sebaliknya mempunyai pendirian dan berpengetahuan. Ini kerana eorang "ayah" biasanya bijak menilai di man aia membuatkan wanita lebih menghormati dan bersa amat selamat ketika berada di samping anda. Seterusnya apabila seorang wanita itu sudah bersa selamat dan selesa di samping anda, anggaplah dia sudah berada di dalam genggaman anda.

BERSIKAP TENANG

Lelaki ada kanya suka menunjukkan sikap sebenar mereka tetapi sebenarnya tidak elok pada pertemuan pertama. Anda harus bersikap tenang dan tidak kelam kabut apabila berhadapan degan sebarang kemungkinan atau masalah. Misalnya jika air tertumpah di baju anda ketika minum si restoran, usah gelabah. Tunjukkan diri anda tenang dan tahu cara untuk mengatasi masalah tersebut. Dengan cara ini, anda membuatkan wanita bersa selesa dan lebih kagum keran a anda bijak mengatasi setiap masalah yang timbul.

BERBUDI PEKERTI MULIA

Untuk menonjolkan sikap kelakian, anda perlu bersikap melindungi dan beretika. Ketika keluar bersamanya dan tiba masanya untuk mengisi perut, jangan anda menarik kerusi dan duduk dahulu. Sebaliknya, tariklah kerusi untuk si dia. Ini menunjukkan anda seorang lelaki budiman dan mengutamakan wanita dari keperluan diri sendiri.
Begitu juga selesai makan, andalah yang sepatutnya mengeluarkan belanjanya, jangan sesekali anda menyuruh wanita membayar jika pertama kali keluar bersama. Jika inilah sikap anda, walau pun anda berlawak, nilai jati diri anda di matanya sudah jatuh dan wanita akan beranggapan, anda seorang yang suka mengambil kesempatan terhadap diri wanita.
Sikap budiman ini perlu anda teruskan ketika anda melintas jalan. Jika keadaan terdesak, munkin anda boleh menarik tangannya tetapi tidak digalakkan untuk temujanji pertama. Begitu juga, jika ada sesuatu benda yang disukainya, anda boleh secara sukarela membayarkannya. Saat ini anda kelihatan 'genteleman' di matanya. Apabila anda melakukan perkara-perkara seperti ini, dia berasa seperti dilayan oleh 'ayahnya'. Lantaran itu, pasti dia tidak keberatan untuk keluar buat kali kedua dengan anda.

Cubalah dan pastinya, anda kelihatan macho di mata wanita dan dia langsung tidak teragak-agak memilih anda sebagai teman lelakinya.