PDA

View Full Version : Parah diserang gajah


Princess_LynZ
12-04-2009, 18:39
KUALA TERENGGANU: Seorang pembantu hidupan liar Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu cedera parah akibat dilambung, dipijak dan ditusuk dengan gading oleh seekor gajah ketika melatih haiwan itu di Santuari Gajah Sungai Ketior, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu, pagi kelmarin.

Mohd Hadzil Awang, 27, dari Felda Mengkawang, Hulu Terengganu, dikatakan patah enam tulang selangka pada rusuk kiri serta paha kanan dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi.

Dia kini terlantar di wad Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) selepas dipindahkan dari Hospital Hulu Terengganu, petang kelmarin dan dilaporkan dalam keadaan stabil walaupun memerlukan alat bantuan pernafasan.

Ibu mangsa, Robiah Ismail,50, berkata kejadian berlaku ketika anak sulungnya menunggang gajah bernama ‘Charlie’ untuk dijadikan gajah jinak sebelum ia tiba-tiba ‘naik minyak’.

“Haiwan itu pada mulanya dirantai tetapi apabila rantai yang mengikatnya terputus, ia menggunakan belalainya untuk menarik anak saya sebelum melemparnya ke tanah,” katanya ketika ditemui di HSNZ, pagi semalam.

Menurutnya, gajah itu kemudian menerpa ke arah mangsa lalu memijak paha kanan serta menusuk gadingnya yang sudah ditumpulkan ke bahu kiri mangsa sebelum masuk ke pejabat santuari dan merosakkan peralatan.

Robiah berkata, anaknya bernasib baik kerana ada petugas lain di kawasan itu ketika kejadian, menyebabkan mereka sempat menyelamatkan mangsa dan membawanya ke Hospital Hulu Terengganu.

“Saya ada di rumah ketika itu dan menerima panggilan telefon daripada rakan anak saya meminta datang ke hospital tanpa memberitahu kejadian sebenar. Saya bersyukur anak saya masih hidup walaupun parah,” katanya.

Robiah berkata, anaknya bertugas dengan Perhilitan sejak setahun lalu dan belum pernah diserang oleh gajah.

Sementara itu, Pengarah HSNZ, Dr Mohd Jusoh, mengesahkan Mohd Hadzil dirawat di hospital itu dan dilaporkan stabil, namun enggan mengulas lanjut.

Difahamkan, sehingga jam 2 petang semalam, tiada laporan polis dibuat, menyebabkan polis belum mendapat gambaran bagaimana kejadian berlaku.

MiE
12-04-2009, 23:47
air yg jernih jgn disangka tiada buaya....
tetiba jer gajah tu naik minyak yer....
nsib bek tk arwah mangsa tue....

skyza86
13-04-2009, 00:05
cian kat org 2..
bhaya jgak keje cm2 kan..
nsib r aku x keje cam2..
syukurx2..